Refleksi saya
Pengetahuan tentang Perintah Am, Nilai Murni dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Arahan Perkhidmatan serta Arahan Keselamatan sangat penting dalam pembentukan perilaku seterusnya melakukan tindakan sebagai seorang penjawat awam. Penjawat awam sering kali dikaitkan dengan disiplin, karenah birokrasi, dan berada di zon selesa. Pelbagai kemudahan yang dengan kadar yang sangat berpatutan hanya ditawarkan sebagai kelebihan bekerja di sektor awam. Menerusi tugasan yang diberikan telah menyedarkan penulis betapa bersyukurnya kami diberi peluang menjawat jawatan sebagai seorang penjawat awam yang haknya dijaga dengan baik. Rujukan mengenai hak dan peraturan banyak dipaparkan di Internet hasil usaha pensyarah-pensyarah dan pihak pengurusan menulis dan menyediakan paparan untuk dibaca oleh pelbagai golongan yang memerlukan penerangan terperinci. Penulis turut bercadang untuk memaparkan penerangan di laman blog (muahaha) tentang tanggungjawab seorang ketua jabatan memastikan pejabatnya dalam keadaan yang selamat dan tidak mewujudkan peluang dan ruang untuk pencerobohan maklumat. Selain itu kerjasama merupakan aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi dalam menghasilkan kerja yang mantap malah dapat mencegah perkara terlarang berlaku. Pihak pentadbiran sesebuah organisasi seharusnya merangsang nilai kerjasama ini dengan pengiktirafan kumpulan misalnya. Dengan kerjasama semua pihak, pasti pejabat berada dalam keadaan harmoni dan pekerja dapat mengikuti disiplin yang ditetapkan dengan hati yang senang.
(Saya memang sangat suka merapu ketika mereflek...sebab saya tahu para lecturer tu bosan nak baca satu-satu kertas kan..refleksi perkemahan PBSM paling kuat merapu sehingga saya ceritakan perasaan muntah hijau saya ketika naik bas betapa I hate whatever I had to suffer pada KPLI lepas..)
Jawapan seterusnya boleh di download di sini,
http://www.scribd.com/doc/34442079/assignment-kissm
Selamat berkursus!
0 comments:
Post a Comment