| Mata   pelajaran: | Bahasa Melayu | 
| Kelas: | 3 B | 
| Tarikh: | 7 Mei 2009 | 
| Masa: | 8.30 – 9.30 pagi (60 minit) | 
| Bilangan   Pelajar: | 25/25 orang   | 
| Tajuk: | Bacaan dan Pemahaman Jasa Ibu (Petikan   – Batu Belah Batu Bertangkup) | 
| Kemahiran: | Fokus utama: 6.3 Membaca dan mengenal pasti   isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan   maksud keseluruhan teks. Fokus sampingan: 5.1 Membina dan menulis perkataan,   ayat tunggal, dan ayat majmuk. Aras 3 (i) Membina ayat tunggal   dan ayat majmuk yang lengkap. | 
| Hasil   Pembelajaran: | Pada akhir pembelajaran, pelajar   dapat: 1.      Menyenaraikan   sekurang-kurangnya 3 isi utama daripada teks. 2.      Membaca   petikan dengan nada yang betul. 3.      Mengeja   sekurang-kurangnya 5 daripada 10 perkataan dengan betul. | 
| Kemahiran   Bahasa: | Mendengar   dan bertutur, membaca, menulis. | 
| Sistem   Bahasa: | Tatabahasa: Ayat   tunggal dan ayat majmuk Ejaan Kosa   kata: Membalas   jasa, menyiang ikan, menyajikan, serba salah, hampa | 
| Kemahiran  Berfikir: | Mencari maklumat, menjana idea   dan membandingbeza. | 
| Penerapan   Nilai: | 1.      Rasa   hormat kepada ibu. 2.      Menghargai   ibu. | 
| Bahan   Bantu Mengajar: | Klip video, kad manila, petikan teks dan kertas   penggayaan. | 

 
 
 
0 comments:
Post a Comment