Saturday, July 31, 2010

Hari-hari mendung di Kudat



Salam Syaaban,

I'm writing this because I was inspired by drinking F&N Teh Lemon Ais. Semalam dan kelmarin (kelmarin dan kelmarin dulu) saye baring-baring sahaja layan sakit perut bendera Jepun. Hari ini baru semangat datang..

Saye baru tahu hari isnin-selase lepas adalah malam nisfu syaaban..yang amalan-amalan diangkat keatas tuh la..camano nih..rase menyesal sangat tak puase..ntah dapat ke pompuan ini berjumpa dengan syaaban tahun depan.

Speaking of puasa..tak lame lagi puasa..dah ready ke?
Saye? Tidak terbayang lagi bagaimana. Mungkin guna bahasa isyarat je nanti dengan budak-budak Tahun 1 tu.

Semalam boyfriend tak telefon pon..
Telefon la tapi dah takde maknenye sebab telefon masa dah jumpa good position di atas tilam yang melengkung ni (sleep stage-1). So tanak angkat telefon sebab merajuk konon.

boyfriend-girlfriend
kenape masa ni boleh gayut sampai tidur ngigau pon dengar?

Mungkin hormon ketika period ni sang isteri mahu dibelai-belai. Or/-
mungkin hormon ketika period ni salah sikit sahaja, sang isteri mudah merajuk..

Tersentap bila bangun pagi mandi dan dapat telefon nuaim pergi Sports day at school for his first time.

Sob. sob. sob.

Dah la boyfriend tak telepon.

Anak pegi sportsday firstime.

Saye di rumah tengok cerita Lab Rat tv 2.

Saturday, July 24, 2010

Burung Punai

Last two weeks when Nuaim and Didi left me here to serve for the nation, I had lost my appetite. I can survive for not taking sahur and fasting the next day. I can survive sleeping in my room and do not ON the fan. I just dont feel like eating nor breathing. And nasi lemak Kudat just give me a puke factor. After 3 days I felt so tired and dying.
So I force myself to forgive and not forget. Not forget to eat.

It is 8pm.. and 8pm in Kudat is like 9pm in Johor where everybody is settling down. Watching tv or do some ironing for tomorrow.

I hear whispering in my ears..

"Ko jangan jadikan kematian burung ni sia-sia"
Someone had gave me this little bird from my school in Lotong. The bird was shot in his/her wing. And Ustaz quickly do his part using a penknife.

I never ate a bird before. And I never want to. But...

chopp chopp chopp

Use a spoon and a knife avoiding to have direct contact with the bird


Gorengg using KFC flour

Happy buke puase alone

Because everyone else is asleep already..The taste is nicer than chicken. And I felt healthier instantly. How weird, huh?

The next morning, I was eyeing neighbor's rabbit and thinking to kill and fry it with KFC flour. Dip in chilli sauce.





A Perfecto..


www.gilt.com

Friday, July 23, 2010

Baby yang bukan baby











Motif ialah......


jeng jeng jeng....



Mimi is day dreaming about having all these shoes..

9west
third from left,
aikkk..how come haritu tgk macam RM3++...
aikkk
aik

Thursday, July 22, 2010

Gaji masuk dah

Alhamdulillah...gaji bulan Julai masuk pada tarikh yang dijanjikan..

Mula-mula muka macam biasa jer.. dah terfikir nak kena bayar apa dan beli apa..

Sekali buka maybank2u tengok amount gaji, macam tak percaya je, eh selalu gaji masuk berape eh..ehh..ehhh

ada tunggakan masuk laa..so gaji melebihi tahap biasa sebyk 2k

hepi teruss tak jadi tidur petang..

didi, selamat menyambut gaji pertama di ptp..


Wednesday, July 21, 2010

Teacher, may I go to THAILAND??

Pic from pondok agama mengadap Teluk Marudu, Sabah

Hey you,

About the topic above, it happened in early days of schooling this year, I taught Primary One, and they dont have any experienced in speaking.

So one fine day, after fade-up hearing them,
"Teacher, aku mau kecing!" or "Teacher, kencing ako!"
The teacher makes rule that if they want to go to the toilet, they must ask it properly, otherwise teacher will pinch and make them pee in class. It was a success when everyone trying to makeup that sentence..one word in English are accepted like "Teacher, boleh ako pergi ke to toilet". It was indeed a major success for me. hehe.

I can't help to burst out laughing when one of my student ask me to go to Thailand instead of "May I go to toilet?"
He must be very ashamed to speak English next time, bad teacher bad teacher..hehe

"Teacher, boleh ako pergi Thailand?" He is one lucky student, he don't go to kindergarten or pra-sekolah, his parents is away, working at KK, he is the one that cry when I taught greeting to mother, goodnight.

Malam ni teacher mau semua cakap 'goodnight, mama'.. besok teacher mau tanya kamu cakap ka tidak, ok! then he burst to tears saying that, "mama ku di kk".
I teach him to greet his grandmother instead.


Hezron, Lerry Mel Angelo, and Jereld from left.
Lerry Mel is my anak angkat.


Cuteness, si Farina Elia Debie..

Haa kantoi makan chewing gum dlm kelas, si Fanny Denius

Meja zaman mak pak saya..papan tengah2 desk tu boleh diangkat.

Meja takde tempat letak buku. Call it Meja 1Malaysia.

Looking back at those pictures, I remember one incident when I was so crazy-mad+hot. One of my student lost his book. So I yell at him, "Cari bawah meja cepat!" and that student's face was so naive looking under his desk and looking back at my face. and there goes a long pause..codes transmitting into teacher's brain.."meja berlubang teacher woi".


Monday, July 19, 2010

Maksud nama Nuaim

Salam,
Tengah berwebcam dengan Nuaim.
Kudat ----> Johor Bahru sangatlah tidak dekat..harap kementerian peka la yer..
Kasi chance la saye duduk sebumbung ngan laki and anak..dah 2tahun gamaknye duduk berasingan..

kalau tak dapat jugak...I quit!
ye jer..
ye ah...

Makan eskim singgit @ Tesco

Maksud nama Nuaim = Nikmat
Selain tu Nuaim merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.a.w.

Nuaim
NuaimNikmat

NUAIM
NNaif
UUntung
AAmanah
IIkhlas
MMesra
Apa ada pada nama?

credit to: http://name.crazyartzone.com

Saturday, July 17, 2010

RPH Bahasa Melayu

RPH Bahasa Melayu lah pulak
Macam tak percaya pulak amik minor BM dulu..
Sementara tunggu waktu berbuke puase nih meh nak tayang rph yang pulun dok buat dulu..

Mata pelajaran:

Bahasa Melayu

Kelas:

3 B

Tarikh:

7 Mei 2009

Masa:

8.30 – 9.30 pagi (60 minit)

Bilangan Pelajar:

25/25 orang

Tajuk:

Bacaan dan Pemahaman Jasa Ibu (Petikan – Batu Belah Batu Bertangkup)

Kemahiran:

Fokus utama:

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan maksud keseluruhan teks.

Fokus sampingan:

5.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:

1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi utama daripada teks.

2. Membaca petikan dengan nada yang betul.

3. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 10 perkataan dengan betul.

Kemahiran Bahasa:

Mendengar dan bertutur, membaca, menulis.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa:

Ayat tunggal dan ayat majmuk

Ejaan

Kosa kata:

Membalas jasa, menyiang ikan, menyajikan, serba salah, hampa

Kemahiran Berfikir:

Mencari maklumat, menjana idea dan membandingbeza.

Penerapan Nilai:

1. Rasa hormat kepada ibu.

2. Menghargai ibu.

Bahan Bantu Mengajar:

Klip video, kad manila, petikan teks dan kertas penggayaan.



Read more at the link below,


kerja senang baitu:)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Assalamualaikum dan pagi semua,

RPH Kemahiran Hidup ni boleh didownload di link di bawah,



harap dapat membantu anda:)

TUGASAN KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA KISSM

Assalamualaikum and good day, semoga Allah s.w.t memberkati pagi Syaaban yang sangat tenang ini. Disini terpanggil saya untuk berkongsi jawapan tugasan kissm yang terpaksa saya ambil November 2009 yang lepas. hehe..enjoy..

Soalan kissm ini lebih kurang begini:
1. Apakah tanggungjawab seorang penjawat awam yang menyewa di rumah kerajaan
2. Apakah ciri-ciri keselamatan fizikal kawasan bilik kebal

Refleksi saya

Pengetahuan tentang Perintah Am, Nilai Murni dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Arahan Perkhidmatan serta Arahan Keselamatan sangat penting dalam pembentukan perilaku seterusnya melakukan tindakan sebagai seorang penjawat awam. Penjawat awam sering kali dikaitkan dengan disiplin, karenah birokrasi, dan berada di zon selesa. Pelbagai kemudahan yang dengan kadar yang sangat berpatutan hanya ditawarkan sebagai kelebihan bekerja di sektor awam. Menerusi tugasan yang diberikan telah menyedarkan penulis betapa bersyukurnya kami diberi peluang menjawat jawatan sebagai seorang penjawat awam yang haknya dijaga dengan baik. Rujukan mengenai hak dan peraturan banyak dipaparkan di Internet hasil usaha pensyarah-pensyarah dan pihak pengurusan menulis dan menyediakan paparan untuk dibaca oleh pelbagai golongan yang memerlukan penerangan terperinci. Penulis turut bercadang untuk memaparkan penerangan di laman blog (muahaha) tentang tanggungjawab seorang ketua jabatan memastikan pejabatnya dalam keadaan yang selamat dan tidak mewujudkan peluang dan ruang untuk pencerobohan maklumat. Selain itu kerjasama merupakan aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi dalam menghasilkan kerja yang mantap malah dapat mencegah perkara terlarang berlaku. Pihak pentadbiran sesebuah organisasi seharusnya merangsang nilai kerjasama ini dengan pengiktirafan kumpulan misalnya. Dengan kerjasama semua pihak, pasti pejabat berada dalam keadaan harmoni dan pekerja dapat mengikuti disiplin yang ditetapkan dengan hati yang senang.

(Saya memang sangat suka merapu ketika mereflek...sebab saya tahu para lecturer tu bosan nak baca satu-satu kertas kan..refleksi perkemahan PBSM paling kuat merapu sehingga saya ceritakan perasaan muntah hijau saya ketika naik bas betapa I hate whatever I had to suffer pada KPLI lepas..)

Jawapan seterusnya boleh di download di sini,

http://www.scribd.com/doc/34442079/assignment-kissm


Selamat berkursus!