Salam Syaaban,
Saturday, July 31, 2010
Hari-hari mendung di Kudat
Salam Syaaban,
Saturday, July 24, 2010
Burung Punai
Friday, July 23, 2010
Baby yang bukan baby
- Nine West Groovily slip on cork sandal (BRONZE)
- 220 MYR 96 MYR ($30) -ninewest.com
Thursday, July 22, 2010
Gaji masuk dah
Wednesday, July 21, 2010
Teacher, may I go to THAILAND??
Monday, July 19, 2010
Maksud nama Nuaim
Saturday, July 17, 2010
RPH Bahasa Melayu
Mata pelajaran: | Bahasa Melayu |
Kelas: | 3 B |
Tarikh: | 7 Mei 2009 |
Masa: | 8.30 – 9.30 pagi (60 minit) |
Bilangan Pelajar: | 25/25 orang |
Tajuk: | Bacaan dan Pemahaman Jasa Ibu (Petikan – Batu Belah Batu Bertangkup) |
Kemahiran: | Fokus utama: 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan maksud keseluruhan teks. Fokus sampingan: 5.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk. Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap. |
Hasil Pembelajaran: | Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat: 1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi utama daripada teks. 2. Membaca petikan dengan nada yang betul. 3. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 10 perkataan dengan betul. |
Kemahiran Bahasa: | Mendengar dan bertutur, membaca, menulis. |
Sistem Bahasa: | Tatabahasa: Ayat tunggal dan ayat majmuk Ejaan Kosa kata: Membalas jasa, menyiang ikan, menyajikan, serba salah, hampa |
Kemahiran Berfikir: | Mencari maklumat, menjana idea dan membandingbeza. |
Penerapan Nilai: | 1. Rasa hormat kepada ibu. 2. Menghargai ibu. |
Bahan Bantu Mengajar: | Klip video, kad manila, petikan teks dan kertas penggayaan. |
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
TUGASAN KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA KISSM
Refleksi saya
Pengetahuan tentang Perintah Am, Nilai Murni dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Arahan Perkhidmatan serta Arahan Keselamatan sangat penting dalam pembentukan perilaku seterusnya melakukan tindakan sebagai seorang penjawat awam. Penjawat awam sering kali dikaitkan dengan disiplin, karenah birokrasi, dan berada di zon selesa. Pelbagai kemudahan yang dengan kadar yang sangat berpatutan hanya ditawarkan sebagai kelebihan bekerja di sektor awam. Menerusi tugasan yang diberikan telah menyedarkan penulis betapa bersyukurnya kami diberi peluang menjawat jawatan sebagai seorang penjawat awam yang haknya dijaga dengan baik. Rujukan mengenai hak dan peraturan banyak dipaparkan di Internet hasil usaha pensyarah-pensyarah dan pihak pengurusan menulis dan menyediakan paparan untuk dibaca oleh pelbagai golongan yang memerlukan penerangan terperinci. Penulis turut bercadang untuk memaparkan penerangan di laman blog (muahaha) tentang tanggungjawab seorang ketua jabatan memastikan pejabatnya dalam keadaan yang selamat dan tidak mewujudkan peluang dan ruang untuk pencerobohan maklumat. Selain itu kerjasama merupakan aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi dalam menghasilkan kerja yang mantap malah dapat mencegah perkara terlarang berlaku. Pihak pentadbiran sesebuah organisasi seharusnya merangsang nilai kerjasama ini dengan pengiktirafan kumpulan misalnya. Dengan kerjasama semua pihak, pasti pejabat berada dalam keadaan harmoni dan pekerja dapat mengikuti disiplin yang ditetapkan dengan hati yang senang.
(Saya memang sangat suka merapu ketika mereflek...sebab saya tahu para lecturer tu bosan nak baca satu-satu kertas kan..refleksi perkemahan PBSM paling kuat merapu sehingga saya ceritakan perasaan muntah hijau saya ketika naik bas betapa I hate whatever I had to suffer pada KPLI lepas..)
Jawapan seterusnya boleh di download di sini,
http://www.scribd.com/doc/34442079/assignment-kissm
Selamat berkursus!