Thursday, December 17, 2009

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


credit to Al-Azim.com

Syndrome Down?

Coach Official Site - 3X5 SPIRAL DIARY BOOK REFILL
Diary untuk catat Sindrom Daun
If a woman jot down their emotions every months, they would simply found the exactly same pattern. Isn't it fascinating? NO? Like if month January is a sigmoid then so do February and March...If your girlfriend is on higher temperature every 15th then it might cause by the hormone secreted while she is in ovulation period. So dont do SEX when she is practically hotter (in Fahrenheit) then before unless you want a baby. eh, tetibe je.. Sound like expert, huh? So you see..a woman might be bad tempered at the very exact date if and only if, she has 30/31 menstrual cycle..If she got less than that like 28, then the date might be back dated..Tengok symptoms pon udah tahu kan..My point is..udah tau pandai-pandai la bawa diri..tiap-tiap bulan sudah lalui masih lagi emo-emo begini aduduuu..

Dilarang masuk

So, it is all about hormone..when she is angry for NO REASON, it might because of premenstrual syndrome (pms)..and blame it on hormones..

mane pimple nya, macik?

When she is outbreak with nasty zits, again..it is cause by hormone..but why is my hormonal changes fall on my anniversary? because it is on 15th?

The symptoms that I had been through my lady years are:-

mood swing - kejap suke kejap nyampah
depression - rasa diri buduh sangat dan mahu bunuh diri dengan makan panadol (tp tinggal 4 biji manala cukup nak mati)
angry outburst - so pergi jalan-jalan ke bandar lepastu u-turn semula (semalam)
tearfulness - gembeng tak tentu pasal...adoi aii

Someone told me (he is the affected guy whom hated by me yesterday and today), if woman were about knowing they are having pms, so why in the world they don't take precaution on it?

*


*


-


+


?


#$*^#?


Im so deserve this because im on pms, auntie

Agagaa..of course We can, I think so, buy nourishing our physiology needs such as spa for whole body..like the whole whole body including trimming the flower..hihi my niece called it 'flower'..how cute is that? Wahh besnyaa..

And then 4-5 hours later, go shopping for new apparel..4-5 pieces would be nice.. after that, head would be so itchy-itchy since it was years ago it dint go to the salon..Aaaa head massage would be nice with a handsome Chinese brushing, shampooing your hair...
And later, the very next day, a new handbag/perfume/jewelery come along...

I know, it is hard for you to be a pms woman so I want you to have this flower..Please take it..


See full size image
Di dalam flower LV tu pula ada ini..miniature ajer?

Then only we can handle our pms very well, sir..

Sekian

bebelan dari sang isteri yang tak puas ati

Tuesday, December 15, 2009

kedondeng...

Yesterday, 15 Dec marks our 3rd anniversary...

Well, just to dream about..I wish to list out my dream list since I just get up from sleep

dah 4 bulan terputus bekalan :(

better..

truly seduce by you

i want

Last but not least,

Betsey Johnson Ski Bunny Pink Pearl Charms Bracelet

Charms Bracelet (Pink Pearl)


tiffany RM341

COACH bracelet

lapar pule..
aih tension membuatkan cepat lapar ke?


Saturday, December 12, 2009

Nuaim the prince of friso

Friday, December 11, 2009

Being a SAHM

It was hard to be SAHM

So dont let me be

Waaaaaaa

Tuesday, November 3, 2009

Exam mode



Peperiksaan kali ini dilalui dengan penuh ranjau sekali..harapan saya biarlah dugaan itu ditebus dengan diberkati dengan doa si ibu (baru) beranaksatu (kalau beranak 2-3 bagaimana ya) dan solat hajat si bapa yang jauh dimata dekat di KuchingSarawak. Biarlah apa-apa yang saya baca malam ini keluar dalam soalan esok dan bukannya teknik menanam taugeh yang sukar difahami itu.


Sunday, November 1, 2009

Membalas budi anak yang (tidak) nakal selepas sesi interview


Maka setelah memarahi beliau 3-4 hari berturut-turut demi menyediakan ruang yang kondusif untuk pembelajaran persediaan interview, haruslah membalas jasanya dengan bergurau-gurau senda sejurus pulang dari interview tersebut.

"Ami..ami..men...", kata beliau yang percaya dengan costume ultraman takserupalangsung


Cubaan sang ultraman melempar Bakugan

Aduh..penat mimi..dahla tak cukup tidur..jom..jom saluran tenaga si ultraman ke tempat lain..Maka..shing..shing..shing..

Lagi cubaan berlagak cute ketika membawa anak yang ingin menyalurkan tenaganya kemana?


Cubaan integrasi kaum tapitakberjaya kerana si ultraman membuat lagak ingin menendang dan memukul kawan india dan cina nya maka kawan-kawannya lari menyelamatkan diri

Terkejut perut mimi tengok si ultraman seorang ini kalau duatiga lagi anak tentu best

Miminya kehabisan tenaga lalu membelikan kucing untuk menjaga ultraman ketika memilih kamus-kamus

Si kucing penjaga ultraman bertukar menjadi kawanbaikultraman setelah dipakaikan baju

Maka mimi boleh tidurpetangtanpagangguan selepas kejadian tersebut


Pengajaran 1: Kalau anda layan anak anda dengan baik tentu anak anda layan anda dengan baik

Pengajaran 2: Jangan tontonkan youtube Ultraman kepada anak anda ketika anda malas nak layan anak anda dengan baik












Saturday, October 31, 2009

Cara menjawab temuduga SPP dengan hebat


Saya telah berjaya mengharungi (woo mengharungi tuu tak tahan) temuduga SPP yang pertama kali seumpamanya dilaksanakan sebelum guru itu berkhidmat.. maksudnya belum kerja lagi dah kena interview pulak supaya kalau mati ketika terbang ke Sabah nanti adalaa pampasan sebagai harapan supaya dapat berkahwin lagi. Sebelum KPLI 2009 ini dah posting baru hegeh-hegeh apply supaya ditemuduga segera dengan harapan gaji berganda dua kerana ditambah elaun.

Oh...interview SPP...interview itu telah diadakan pada khamis lepas (22hb Okt) jam 10 pagi...tapi lega nya terasa hingga hari ini (sabtu minggu berikutnya). Mana tidaknya...semua orang pon prepare gila-gila dengan alasan tamau gaji sikit ceee dengan alasan nak jadi guru yang bijak berilmiah semua nama menteri pon kami kenal. Bukan setakat isu semasa menjadi ketakutan kami, malah punca virus H1N1 juga perlu tahu dari negeri mana oh tak susah ke..atau apakah visi negara Malaysia..haa tau takot.. atau terangkan dengan lebih jelas tentang pelan induk pendidikan yang ke-3..oh crap..atau ribut ketsena? ribut apetu?

Maka saya pon telah menyiapkan diri ini dengan baju kurung batik yang paling manis saya pernah ada heee menyiapkan diri dengan tidur di surau ketika waktu senggang antara kelas ilmu pendidikan dan kelas major pada waktu petang sehingga mata tak lalu nak tidur lalu mendengar perbualan rakan-rakan yang menghafal falsafah pendidikan negara..Maka otak saya meramalkan saya tidak akan ditanya tentang falsafah itu lalu saya pon tidak lalu menghafalnya hingga sekarang.

Memang tak lalu nak tahu apa yang kami lalui ketika proses preparation for interview itu. Maka harinya telah tiba dan setelah stay-up hingga 3 pagi..saya pon bersedia memakai concealer bagi menutup kecacatan diri..

Kasut-hitam-busuk tak hot atau kasut coklet hot? Setelah gabra dengan diri sendiri yang degil nak pakai heels kaler coklat idaman kasut interview itu lalu menelefon beberapa kawan baik cken yang telah berjaya lulus interview itu dan cikgu kamaludin yang malas jawab panggilan saya maka saya pon telah berjaya menutup pandangan para penemuduga yang tidak perasan saya tidak memakai name-tag dan tidak pakai kasut hitam-kilat. Sila buat muka manis dan tunjukkan kamu seorang guru yang sukakan kanak-kanak.

Ada ke yang tak sukakan kanak-kanak? Sila bayangkan bekerja dengan mesin dan annoying operator sekarang. What say u? Jom jadi teacher beramai-ramai...

Sila pakai name-tag hitam.

Katanya, "Siapa yang nak ambik kamu bekerja? HEP ke SPP? Siapa kata kena pakai tag IPTI?"
(Pengarah HEP cakap takyah pon pakai name-tag)

Baik tuan

Dalam hati hanya mampu memarahi diri sendiri yang membenci name-tag hitam dan mencampaknya rata-rata setelah lega sesi praktikum telah berlalu. Juga meragui tangan-tangan nakal yang suka membaiki enjin di meja solek saya. Suami, Nuaim, Firas - mengikut aras kenakalan tangan.

Maka soalannya berbunyi:

Panel pertama, En. Shahril dari SPP selaku menyemak kehadiran calon dan memeriksa sijil-sijil cukup ke tak atau anda boleh balik sekarang.

Kamu ada berapa adik-beradik?

Ayah kamu kerja apa?

Dia masih ada? (Macam tau-tau je)

Kamu tahu tentang menteri penuh?

Kamu tahu jawatan ketua menteri?

Kamu tahu tak saya akan beri kamu 20% daripada jumlah markah keseluruhan? (Agaknya dia aneh saya jawab bukan-bukan)

Apa perbezaan antara ketua menteri dengan menteri besar? (Amek ko)

Ok sila bandingkan jawapan kamu dengan rakan-rakan kamu yang lain. Itu saja.

Lalu saya duduk semula dengan rakan-rakan yang mengumpat hihi tapi saya takdelah bandingkan jawapan..saya teruskan membaca KBSR..jean piagget..kia-2M dengan perasaan ape ke susah nak jadi cikgu ni mamii.

Setelah bosan menunggu giliran dan mengambil gambar orang bosan.


Apa yang anda lakukan jika tetamu yang datang beraya sedih begini? Kamu mahu posting di pedalaman ya? Sila duduk betul-betul.
Maka giliran telah tiba pon pada jam 1.10 kut..

Sila beri salam dengan jelas contohnya,
Assalamualaikum Dato' Wan, Encik Isa.
Dato' Wan Mustama..panjang nama takut tak cukup napass

Sila duduk tanpa gelabah dan letak handbeg di lantai (pakai handbeg yang berdiri dengan baik)..Kasut sila kasi rapat menandakan tidak duduk agak terkangkang.

Oh Dato' itu sukakan nama-nama unik. Syukur ibu bagi nama yang aneh sbb Dato' suka pula. Senyum jer dia..Dalam hati alhamdulillah penemuduga tak ganass

Soalan pertama

Introduce yourself (Dalam BM nya malas nak..okk..Perkenalkan diri anda)
Which I rehearse with dr. who? a day before. I dunno..I just adore his politeness and his brainy ideas in persuade people. Susah oo cari skill gini..boleh jual barang.
Sila guna suara rendah diri. tak rendah sangat lah kang kenape melayu semua rendah diri..Jangan guna suara berlagak la gitu. Sila jangan ngade-ngade cakap inggeris..ohh

Soalan kedua

Siapa guru kesukaan anda. Ciri-ciri guru tersebut.
Oh siapa lagi kalo tak Cikgu Osman darjah 6..yang mengalahkan sumer cikgu di SIGS malah KMPP dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Sila goreng rangup-rangup

Soalan ketiga
Apa tah lagi Dato' ni ajak borak..bukan soalan sebenarnya..
sila layan dia berbual dengan sopan.

Soalan keempat
Encik Isa tanya, "Apa budaya di sekolah tempat kamu praktikal?"
Sila pikirkan idea yang bernas sahaja

Soalan kelima
Encik Isa bertanya lagi, "Apa watak di SKTM..contohnya kalau cakap SIGS semua teringat band.. Kalau SKTM?"
Sila garu kepala yang lupa nak syampoo

Soalan keenam
Bagaimana kamu mengajar Kemahiran Hidup dengan ICT?
Sila goreng sampai hangus

Itu internet..jika sekolah yang tiada internet bagaimana?
Saya merapu sila buat presentation yang hebat guna power-point

Dato' rimas asik-asik saya jawab komputer agaknya..lalu.."Apa dia ICT? Apa cth ICT yang lain?
Teknologi maklumat dan komunikasi contohnya blablabla sumer yang canggih-canggih belaka

Guna TV boleh tak? Daaangggg.. tv is part of ICT rupanya..adussss hangusss

Boleh kerana dia dapat menarik minat murid-murid kerana gambarnya berubah setiap saat dan warna yang menarik turut.....kasi konfiden Dato' balik semula..damn..damn..Dato' dah senyum-senyum sambil menegur bagai bapak menegur anaknya berfikiran cetek sangat alahai.

Dato', "Ok itu saja.."

Cikgu bernama aneh, "Itu sahaja Dato'?"

Dato', "Cukup cukup lah tu..ok lah tu"

:D Sweetnya kan dah abes interview..rasa macam tanak keluar bilik tu pulak..

Terima kasih ketiga-tiga panel, Dato' Wan, En. Isa, dan En. Shahril (yang kelihatan garang tapi memang garang tapi boleh lah berbual-bual untuk mengetahui tentang hatinya SPP)..

Ok jom sembahyang sekarang kerana Allah Taala En. Agos kata sembahyang di awal waktu melambangkan martabatnya .

P's: Kamu jangka saya lulus atau tidak?





Tuesday, October 20, 2009

Sebelum SPP

Takuttt bace pengalaman2 org2 lain....waaaawwawaaaa...tapi kenape sia masih steady..nih..seram tapi tak seram sangat pulak..adehh..biasa sangat stadi last minute neh..

I need my yadi....sob sob...sunyi sepi je viva mimi..

But he is sleeping early...

okok...cool..Ni yg dah baca:

1. PIPP ~ teras teras teras teras teras teras = 6teras

2. FPK ~ "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

3.H1N1 ~ Etika batuk?

4. Model2 pengajaran

5. Mazhab2 teori pembelajaran

6. Disiplin sekolah ~kuasa guru merotan murid??

7. Sistem merit-demerit....

gulppp..dats all...okok..2 more days to go...

jom sleep bisuk nak bangun pagi2 pergi library..insyaallah

Thursday, August 13, 2009

Buat kejeeeeeee

cuti mc 3 hari...
tido selama 2 hari..
1 hari lg ni mestila pulun wat keje..
good luck ye mimi..
dah beli dah buah oren..harap virus-virus dan bacteria sume takut ngn oren tu..
nuaim tak hiraukan mimi sbb ade kawan
omg dah pukul 11
wat keje tau..
k
mm
lapa