Saturday, October 31, 2009

Cara menjawab temuduga SPP dengan hebat


Saya telah berjaya mengharungi (woo mengharungi tuu tak tahan) temuduga SPP yang pertama kali seumpamanya dilaksanakan sebelum guru itu berkhidmat.. maksudnya belum kerja lagi dah kena interview pulak supaya kalau mati ketika terbang ke Sabah nanti adalaa pampasan sebagai harapan supaya dapat berkahwin lagi. Sebelum KPLI 2009 ini dah posting baru hegeh-hegeh apply supaya ditemuduga segera dengan harapan gaji berganda dua kerana ditambah elaun.

Oh...interview SPP...interview itu telah diadakan pada khamis lepas (22hb Okt) jam 10 pagi...tapi lega nya terasa hingga hari ini (sabtu minggu berikutnya). Mana tidaknya...semua orang pon prepare gila-gila dengan alasan tamau gaji sikit ceee dengan alasan nak jadi guru yang bijak berilmiah semua nama menteri pon kami kenal. Bukan setakat isu semasa menjadi ketakutan kami, malah punca virus H1N1 juga perlu tahu dari negeri mana oh tak susah ke..atau apakah visi negara Malaysia..haa tau takot.. atau terangkan dengan lebih jelas tentang pelan induk pendidikan yang ke-3..oh crap..atau ribut ketsena? ribut apetu?

Maka saya pon telah menyiapkan diri ini dengan baju kurung batik yang paling manis saya pernah ada heee menyiapkan diri dengan tidur di surau ketika waktu senggang antara kelas ilmu pendidikan dan kelas major pada waktu petang sehingga mata tak lalu nak tidur lalu mendengar perbualan rakan-rakan yang menghafal falsafah pendidikan negara..Maka otak saya meramalkan saya tidak akan ditanya tentang falsafah itu lalu saya pon tidak lalu menghafalnya hingga sekarang.

Memang tak lalu nak tahu apa yang kami lalui ketika proses preparation for interview itu. Maka harinya telah tiba dan setelah stay-up hingga 3 pagi..saya pon bersedia memakai concealer bagi menutup kecacatan diri..

Kasut-hitam-busuk tak hot atau kasut coklet hot? Setelah gabra dengan diri sendiri yang degil nak pakai heels kaler coklat idaman kasut interview itu lalu menelefon beberapa kawan baik cken yang telah berjaya lulus interview itu dan cikgu kamaludin yang malas jawab panggilan saya maka saya pon telah berjaya menutup pandangan para penemuduga yang tidak perasan saya tidak memakai name-tag dan tidak pakai kasut hitam-kilat. Sila buat muka manis dan tunjukkan kamu seorang guru yang sukakan kanak-kanak.

Ada ke yang tak sukakan kanak-kanak? Sila bayangkan bekerja dengan mesin dan annoying operator sekarang. What say u? Jom jadi teacher beramai-ramai...

Sila pakai name-tag hitam.

Katanya, "Siapa yang nak ambik kamu bekerja? HEP ke SPP? Siapa kata kena pakai tag IPTI?"
(Pengarah HEP cakap takyah pon pakai name-tag)

Baik tuan

Dalam hati hanya mampu memarahi diri sendiri yang membenci name-tag hitam dan mencampaknya rata-rata setelah lega sesi praktikum telah berlalu. Juga meragui tangan-tangan nakal yang suka membaiki enjin di meja solek saya. Suami, Nuaim, Firas - mengikut aras kenakalan tangan.

Maka soalannya berbunyi:

Panel pertama, En. Shahril dari SPP selaku menyemak kehadiran calon dan memeriksa sijil-sijil cukup ke tak atau anda boleh balik sekarang.

Kamu ada berapa adik-beradik?

Ayah kamu kerja apa?

Dia masih ada? (Macam tau-tau je)

Kamu tahu tentang menteri penuh?

Kamu tahu jawatan ketua menteri?

Kamu tahu tak saya akan beri kamu 20% daripada jumlah markah keseluruhan? (Agaknya dia aneh saya jawab bukan-bukan)

Apa perbezaan antara ketua menteri dengan menteri besar? (Amek ko)

Ok sila bandingkan jawapan kamu dengan rakan-rakan kamu yang lain. Itu saja.

Lalu saya duduk semula dengan rakan-rakan yang mengumpat hihi tapi saya takdelah bandingkan jawapan..saya teruskan membaca KBSR..jean piagget..kia-2M dengan perasaan ape ke susah nak jadi cikgu ni mamii.

Setelah bosan menunggu giliran dan mengambil gambar orang bosan.


Apa yang anda lakukan jika tetamu yang datang beraya sedih begini? Kamu mahu posting di pedalaman ya? Sila duduk betul-betul.
Maka giliran telah tiba pon pada jam 1.10 kut..

Sila beri salam dengan jelas contohnya,
Assalamualaikum Dato' Wan, Encik Isa.
Dato' Wan Mustama..panjang nama takut tak cukup napass

Sila duduk tanpa gelabah dan letak handbeg di lantai (pakai handbeg yang berdiri dengan baik)..Kasut sila kasi rapat menandakan tidak duduk agak terkangkang.

Oh Dato' itu sukakan nama-nama unik. Syukur ibu bagi nama yang aneh sbb Dato' suka pula. Senyum jer dia..Dalam hati alhamdulillah penemuduga tak ganass

Soalan pertama

Introduce yourself (Dalam BM nya malas nak..okk..Perkenalkan diri anda)
Which I rehearse with dr. who? a day before. I dunno..I just adore his politeness and his brainy ideas in persuade people. Susah oo cari skill gini..boleh jual barang.
Sila guna suara rendah diri. tak rendah sangat lah kang kenape melayu semua rendah diri..Jangan guna suara berlagak la gitu. Sila jangan ngade-ngade cakap inggeris..ohh

Soalan kedua

Siapa guru kesukaan anda. Ciri-ciri guru tersebut.
Oh siapa lagi kalo tak Cikgu Osman darjah 6..yang mengalahkan sumer cikgu di SIGS malah KMPP dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Sila goreng rangup-rangup

Soalan ketiga
Apa tah lagi Dato' ni ajak borak..bukan soalan sebenarnya..
sila layan dia berbual dengan sopan.

Soalan keempat
Encik Isa tanya, "Apa budaya di sekolah tempat kamu praktikal?"
Sila pikirkan idea yang bernas sahaja

Soalan kelima
Encik Isa bertanya lagi, "Apa watak di SKTM..contohnya kalau cakap SIGS semua teringat band.. Kalau SKTM?"
Sila garu kepala yang lupa nak syampoo

Soalan keenam
Bagaimana kamu mengajar Kemahiran Hidup dengan ICT?
Sila goreng sampai hangus

Itu internet..jika sekolah yang tiada internet bagaimana?
Saya merapu sila buat presentation yang hebat guna power-point

Dato' rimas asik-asik saya jawab komputer agaknya..lalu.."Apa dia ICT? Apa cth ICT yang lain?
Teknologi maklumat dan komunikasi contohnya blablabla sumer yang canggih-canggih belaka

Guna TV boleh tak? Daaangggg.. tv is part of ICT rupanya..adussss hangusss

Boleh kerana dia dapat menarik minat murid-murid kerana gambarnya berubah setiap saat dan warna yang menarik turut.....kasi konfiden Dato' balik semula..damn..damn..Dato' dah senyum-senyum sambil menegur bagai bapak menegur anaknya berfikiran cetek sangat alahai.

Dato', "Ok itu saja.."

Cikgu bernama aneh, "Itu sahaja Dato'?"

Dato', "Cukup cukup lah tu..ok lah tu"

:D Sweetnya kan dah abes interview..rasa macam tanak keluar bilik tu pulak..

Terima kasih ketiga-tiga panel, Dato' Wan, En. Isa, dan En. Shahril (yang kelihatan garang tapi memang garang tapi boleh lah berbual-bual untuk mengetahui tentang hatinya SPP)..

Ok jom sembahyang sekarang kerana Allah Taala En. Agos kata sembahyang di awal waktu melambangkan martabatnya .

P's: Kamu jangka saya lulus atau tidak?





0 comments:

Post a Comment