Showing posts with label cikgu di Kudat. Show all posts
Showing posts with label cikgu di Kudat. Show all posts

Monday, August 30, 2010

What should I do on my birthday?

Its been 2 years of hard time in adjusting to a career moved I had been chosen. And still I'm in it.

Suddenly, I don't know why I am here. Should I be here? Oh Kudat, awesome Kudat, please tell me.

e-nough about that. Lets talk about a zit on my chin. It hurt so much. blueik. Well, happy b-day zit!

Most of the time I had spending my b-day in very minimal celebrating way. Like going out for ngeteh, buying a butter cake, thats all.

The most happening b-day so far was when I was in first year at Uni. Or was it when I was in Matrix (berarak kat Penang? Oh NO!) Some awesome friends that I know for less than a year share to buy a cake and food. They are my best friends, Ida and Iffah. Iffah was cutting my queue when registering hostel and Ida was at my back staring my shoes and wondering why I am so kind letting someone cutting the long queue. hehe. Three of us fit in one room DesaJaya 4129 and share our ups and down since then. All of us been married with our uni boyfriend and have a son. Miss them lorrr....isk.

Awesome Ida. Hidayatul Solehah. Che-Pah graduate awal sebab dia pandai.
Kami so-so aja.
Awesome Che-Pah. Zatul-Iffah with hyphen. hehe. pinjam sweater Neil. kah kah.
Long story there.

Num num num.

Back to the topic, what should I do on my b-day?

One mission impossible fail miserably. This is actually my Syaaban mission.

That is to reunite with my other bestest best-friend, which happen to be a wife of my ex. They fall in love after we breakup la what are you thinking? And we don't talk since then. I decided to sms her and ask what I had missed for 3 years. After a few exciting smses and facebook exchange link. She just deleted me as a friend in FB and in her real life. Reason given is she thinks I missed her hubby, not her, and so with her other bestfriend. FINE. If I missed my ex I will call my ex lor, not his wife! I just could not relate it. Could you? I missed Najib but I text Rosmah, hey I miss you, how are you now, hows your family. Maybe it happen in Drama TV3 but sadly I don't watch it. But I don't dare to tell her taught is wrong since she is pregnant and I don't want to bother her so much. Let she hates me the way she wants and I respect her so let it be.

Another mission is to make a lot of popia serunding ikan for hari raya. Mission will be completed soon. If I'm not so mandom and crying tonight.

Enjoy the holiday everyone!
I will be making popia mini and a quran marathon. Another few juzuk 97 juz left! T_T.


p's: I miss my own husband terribly.

pp's: and Nuaim. hehe.

Sunday, August 29, 2010

Exam BI Tahun 1

Ini exam paper BI tahun 1 semester 1. Arasnya adalah aras 1(rendah) sahaja sebab budak-budak ni pon bukan pandai baca waktu tu.

Download @ this link,



~Tengah pikir apa nak bagi kerja rumah untuk budak-budak ni sepanjang 2minggu cuti raya ni..

Tuesday, August 24, 2010

Cuti Rehat Khas

inspired by Alice in Wonderland

Baru tau..

i. Dalam setahun, guru dapat 7 hari cuti rehat khas.

ii. Cuti rehat khas tidak boleh diambil berturut-turut.

iii. 3 hari cuti tanpa sebab menyebabkan elaun pedalaman P1, P2, P3 ditarik dan gaji harian ditolak. Weeee..

iv. Setem Pos Malaysia dah naik.
*Berhati-hatilah ketika melekatkan setem. Penerima surat anda mungkin akan dikenakan penalti@denda.

v. Sekolah saye tak amik cuti 14hb September.




Thursday, August 12, 2010

Bestnya puasa...


SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH
disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)

Pantai Kulambu, Kudat, May 2010

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,


Pantai Bak-Bak, Kudat, Mac 2010

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

Tip of Borneo, Kudat, Feb 2010

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Esplaned Sidek, Kudat, Feb 2010

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

Best...

credit: Mufti Islam Terengganu website.

Wednesday, August 4, 2010

Borang maklumat dirimu

Borang maklumat diri ni mesti ada dalam fail panitia...cut paste cut paste...siap sudaa..keja senang baitu..Selamat KopiPes!or you can download this at:)

http://www.scribd.com/doc/35343886/

BAHAGIAN A :

1. NAMA : SAIREE BINTI SAINEL

2. NO.KAD PENGENALAN : 820831-00-0000

3. TARIKH LAHIR : 31 OGOS 1982

4. TEMPAT LAHIR : HOSP. SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

5. JANTINA : PEREMPUAN

6. UMUR : 28

7. BANGSA : MELAYU

8. AGAMA : ISLAM

9. NO.FAIL JABATAN : JP ( SB ) / xxxxx

10. TARIKH LANTIKAN : 04 – 01 – 2010

11. TARIKH DISAHKAN DALAM JAWATAN : -

12. ALAMAT SEKOLAH : SEK. KEB. LOTONG, P/S 319, 89058, KUDAT, SABAH.

13. KELULUSAN AKADEMIK : SPM / IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK

14. KELULUSAN IKHTISAS : DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA

15. OPSYEN UTAMA : KEMAHIRAN HIDUP

16. OPSYEN KEDUA : BAHASA MELAYU & MATEMATIK

17. NAMA MAKTAB / UNIVERSITI : IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM / USM

18. KELAS DIAJAR ( KH) :4,5,6

19. PENGALAMAN MENGAJAR SUBJEK KH: 1 TAHUN

Saturday, July 24, 2010

Burung Punai

Last two weeks when Nuaim and Didi left me here to serve for the nation, I had lost my appetite. I can survive for not taking sahur and fasting the next day. I can survive sleeping in my room and do not ON the fan. I just dont feel like eating nor breathing. And nasi lemak Kudat just give me a puke factor. After 3 days I felt so tired and dying.
So I force myself to forgive and not forget. Not forget to eat.

It is 8pm.. and 8pm in Kudat is like 9pm in Johor where everybody is settling down. Watching tv or do some ironing for tomorrow.

I hear whispering in my ears..

"Ko jangan jadikan kematian burung ni sia-sia"
Someone had gave me this little bird from my school in Lotong. The bird was shot in his/her wing. And Ustaz quickly do his part using a penknife.

I never ate a bird before. And I never want to. But...

chopp chopp chopp

Use a spoon and a knife avoiding to have direct contact with the bird


Gorengg using KFC flour

Happy buke puase alone

Because everyone else is asleep already..The taste is nicer than chicken. And I felt healthier instantly. How weird, huh?

The next morning, I was eyeing neighbor's rabbit and thinking to kill and fry it with KFC flour. Dip in chilli sauce.





Thursday, July 22, 2010

Gaji masuk dah

Alhamdulillah...gaji bulan Julai masuk pada tarikh yang dijanjikan..

Mula-mula muka macam biasa jer.. dah terfikir nak kena bayar apa dan beli apa..

Sekali buka maybank2u tengok amount gaji, macam tak percaya je, eh selalu gaji masuk berape eh..ehh..ehhh

ada tunggakan masuk laa..so gaji melebihi tahap biasa sebyk 2k

hepi teruss tak jadi tidur petang..

didi, selamat menyambut gaji pertama di ptp..


Wednesday, July 21, 2010

Teacher, may I go to THAILAND??

Pic from pondok agama mengadap Teluk Marudu, Sabah

Hey you,

About the topic above, it happened in early days of schooling this year, I taught Primary One, and they dont have any experienced in speaking.

So one fine day, after fade-up hearing them,
"Teacher, aku mau kecing!" or "Teacher, kencing ako!"
The teacher makes rule that if they want to go to the toilet, they must ask it properly, otherwise teacher will pinch and make them pee in class. It was a success when everyone trying to makeup that sentence..one word in English are accepted like "Teacher, boleh ako pergi ke to toilet". It was indeed a major success for me. hehe.

I can't help to burst out laughing when one of my student ask me to go to Thailand instead of "May I go to toilet?"
He must be very ashamed to speak English next time, bad teacher bad teacher..hehe

"Teacher, boleh ako pergi Thailand?" He is one lucky student, he don't go to kindergarten or pra-sekolah, his parents is away, working at KK, he is the one that cry when I taught greeting to mother, goodnight.

Malam ni teacher mau semua cakap 'goodnight, mama'.. besok teacher mau tanya kamu cakap ka tidak, ok! then he burst to tears saying that, "mama ku di kk".
I teach him to greet his grandmother instead.


Hezron, Lerry Mel Angelo, and Jereld from left.
Lerry Mel is my anak angkat.


Cuteness, si Farina Elia Debie..

Haa kantoi makan chewing gum dlm kelas, si Fanny Denius

Meja zaman mak pak saya..papan tengah2 desk tu boleh diangkat.

Meja takde tempat letak buku. Call it Meja 1Malaysia.

Looking back at those pictures, I remember one incident when I was so crazy-mad+hot. One of my student lost his book. So I yell at him, "Cari bawah meja cepat!" and that student's face was so naive looking under his desk and looking back at my face. and there goes a long pause..codes transmitting into teacher's brain.."meja berlubang teacher woi".