Monday, May 31, 2010

Kudat vs KK

Dah lama saya pendam perasaan terhadap daerah Kudat atau Tips of Borneo ni..apa yang saya boleh kongsi tentang kelebihan Kudat ialah, Kudat membuatkan anda berpeluh tanpa melakukan tekan-tubi atau lari setempat..Lepas mandi je peluh balik..tapi ini applicable pada rumah sewa yang tidak memasang penghawa dingin dan pendingin hawa only lah.. you know, not many landlord care about facilities in their house :S

Tapi tup-tup balik KK terus sejuk manjang. Saya terus bertukar menjadi si penakut mandi. Anak pon sama. Tapi bila bapak dah sound, "Mi tak nak mandi ke?" jadi harus cepat-cepat tarik towel dan anak.

Tahap kepanasan Kudat:KK ni boleh dikatakan 3:1 lah..See, satu negeri pon cuaca lain-lain..hebat kuasaNya tak gitu. Untuk makluman, distance Kudat-KK boleh dikatakan 2jam 30 min jika memandu dengan berhemah dan potong semua lori dan siput-siput.

Dari segi bekalan air pula memang tak payah tipu, sangatlah mengecewakan. Baik di Kudat mahupun di KK. Kalau di Taman Orkid, Kudat..waktu maghrib je bekalan air ke rumah terputus..terpaksa bergantung pada air tangki semata. Macam nak basuh beras ke, basuh ikan, ayam, makanan semua tu..lalu ker nak cuci di tandas? Jadi terpaksa lah tak memasak waktu itu..mungkin DO Kudat suruh orang Kudat mengaji lepas Maghrib kot..yaa..harapan..kita mesti bersangka baik..alwayss..

Di KK pon bergantung kepada kawasan perumahan masing-masing, tapi bila tengok kebanyakkan rumah ada tangki spare tercongok depan rumah, saya agak sama je keadaannya.

Electricity pon sangat mengecewakan. bila hujan sikit ja mulalah blackout takpon lampu main dim dim buat macam suasana romantik. For sure Kudat lagi teruk dari KK, blackout happen like once a month, lampu pon rosak sana-sini jadi kerjanya beli mentol, starter dan housing. Ntahla rumah orang lain..tapi bilik air saya kini pakai lilin ja. I fedup.

Surprisingly, Kudat win in one thing la for sure, ikan, sotong dan udang yang fresh dan murah from the sea..Ikan kembong yang sederhana besar baru RM2.00, kalau kat JB ni mau harga RM6. KK tak pasti pulak sebab tak penah dibawa pergi ke pasar ikan. heh. Sotong pon murah dan cantekk dan Ohhh Im so in love with Kudat because of the sotong. tetiba. Harga sotong sekilogram ialah RM5 atau 6. dan ia adalah kategori sotong sederhana besar. Kalau pasar Kipmart tu mesti RM10 tu..untungnya duduk Kudat..tapi berpeluhlaa aihh.

Selepas berkuap pergi pasar, terus siang ikan, sotong dan mula acara memasak, tiba-tiba udang melompat dari periuk..dan itu akan menjadi pengalaman Kudat yang paling manis. betapa owesome nya udang tu tahan napas..I tak sampai hati makan udang yang semangat juang tinggi tu..Kakcik yang makan dia..emm

Tapi barang-barang KK, urghhh mahal lah..lagi mahal dari JB kadang-kadang. So I'm not gonna invest my money in your shopping mall ehh pasar..

Lagi satu anehnya tentang Kudat ialah, saaangatt banyak binatang anjing.. I guess anjing yang kuat berpeluh hidup lama kot? Bila peluh kita banyak minum air kan, bila banyak minum air, toksik pon keluar banyak melalui urin anjing tu, tapi kemarau manjang mana pulak anjing tu cari air ya.. ???

Setiap hari memandu ke tempat kerja mesti nak terpijak anjing..dah la mendominasi Kudat malah tak takut mati pulak tu. Pernah juga witness anjing tidur dan berak tengah jalan. Bukannya waktu jalanraya tu lengang tapi tengah banyak kenderaan pon anjing tu kata tak ape lalulah..

KK takde pulak anjing-anjing lalu-lalang.

Walaupun KK is owesome in many things, tapi tiba-tiba setelah 4 hari meninggalkan Kudat..terasa sedikit rindu hadir..agaknya inilah rasa orang tua nak tinggalkan kampung halaman. Sebak nau. Semoga Kudat maju sewaktu ketiadaan saya. Jual la banyak-banyak ikan kau Kudat. Eksport pergi pasar Kipmart, Tampoi. Pastu siapkan Empangan Milau. Huduh betul dengar hotel pon takde air.



Macam kompom je kau dapat pindah dari Kudat ni..

0 comments:

Post a Comment