Monday, July 19, 2010

Maksud nama Nuaim

Salam,
Tengah berwebcam dengan Nuaim.
Kudat ----> Johor Bahru sangatlah tidak dekat..harap kementerian peka la yer..
Kasi chance la saye duduk sebumbung ngan laki and anak..dah 2tahun gamaknye duduk berasingan..

kalau tak dapat jugak...I quit!
ye jer..
ye ah...

Makan eskim singgit @ Tesco

Maksud nama Nuaim = Nikmat
Selain tu Nuaim merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.a.w.

Nuaim
NuaimNikmat

NUAIM
NNaif
UUntung
AAmanah
IIkhlas
MMesra
Apa ada pada nama?

credit to: http://name.crazyartzone.com

Saturday, July 17, 2010

RPH Bahasa Melayu

RPH Bahasa Melayu lah pulak
Macam tak percaya pulak amik minor BM dulu..
Sementara tunggu waktu berbuke puase nih meh nak tayang rph yang pulun dok buat dulu..

Mata pelajaran:

Bahasa Melayu

Kelas:

3 B

Tarikh:

7 Mei 2009

Masa:

8.30 – 9.30 pagi (60 minit)

Bilangan Pelajar:

25/25 orang

Tajuk:

Bacaan dan Pemahaman Jasa Ibu (Petikan – Batu Belah Batu Bertangkup)

Kemahiran:

Fokus utama:

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 1 (i) Mendapatkan keterangan maksud keseluruhan teks.

Fokus sampingan:

5.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.

Aras 3 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:

1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi utama daripada teks.

2. Membaca petikan dengan nada yang betul.

3. Mengeja sekurang-kurangnya 5 daripada 10 perkataan dengan betul.

Kemahiran Bahasa:

Mendengar dan bertutur, membaca, menulis.

Sistem Bahasa:

Tatabahasa:

Ayat tunggal dan ayat majmuk

Ejaan

Kosa kata:

Membalas jasa, menyiang ikan, menyajikan, serba salah, hampa

Kemahiran Berfikir:

Mencari maklumat, menjana idea dan membandingbeza.

Penerapan Nilai:

1. Rasa hormat kepada ibu.

2. Menghargai ibu.

Bahan Bantu Mengajar:

Klip video, kad manila, petikan teks dan kertas penggayaan.



Read more at the link below,


kerja senang baitu:)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Assalamualaikum dan pagi semua,

RPH Kemahiran Hidup ni boleh didownload di link di bawah,



harap dapat membantu anda:)

TUGASAN KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA KISSM

Assalamualaikum and good day, semoga Allah s.w.t memberkati pagi Syaaban yang sangat tenang ini. Disini terpanggil saya untuk berkongsi jawapan tugasan kissm yang terpaksa saya ambil November 2009 yang lepas. hehe..enjoy..

Soalan kissm ini lebih kurang begini:
1. Apakah tanggungjawab seorang penjawat awam yang menyewa di rumah kerajaan
2. Apakah ciri-ciri keselamatan fizikal kawasan bilik kebal

Refleksi saya

Pengetahuan tentang Perintah Am, Nilai Murni dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Arahan Perkhidmatan serta Arahan Keselamatan sangat penting dalam pembentukan perilaku seterusnya melakukan tindakan sebagai seorang penjawat awam. Penjawat awam sering kali dikaitkan dengan disiplin, karenah birokrasi, dan berada di zon selesa. Pelbagai kemudahan yang dengan kadar yang sangat berpatutan hanya ditawarkan sebagai kelebihan bekerja di sektor awam. Menerusi tugasan yang diberikan telah menyedarkan penulis betapa bersyukurnya kami diberi peluang menjawat jawatan sebagai seorang penjawat awam yang haknya dijaga dengan baik. Rujukan mengenai hak dan peraturan banyak dipaparkan di Internet hasil usaha pensyarah-pensyarah dan pihak pengurusan menulis dan menyediakan paparan untuk dibaca oleh pelbagai golongan yang memerlukan penerangan terperinci. Penulis turut bercadang untuk memaparkan penerangan di laman blog (muahaha) tentang tanggungjawab seorang ketua jabatan memastikan pejabatnya dalam keadaan yang selamat dan tidak mewujudkan peluang dan ruang untuk pencerobohan maklumat. Selain itu kerjasama merupakan aspek yang sangat penting dalam sesebuah organisasi dalam menghasilkan kerja yang mantap malah dapat mencegah perkara terlarang berlaku. Pihak pentadbiran sesebuah organisasi seharusnya merangsang nilai kerjasama ini dengan pengiktirafan kumpulan misalnya. Dengan kerjasama semua pihak, pasti pejabat berada dalam keadaan harmoni dan pekerja dapat mengikuti disiplin yang ditetapkan dengan hati yang senang.

(Saya memang sangat suka merapu ketika mereflek...sebab saya tahu para lecturer tu bosan nak baca satu-satu kertas kan..refleksi perkemahan PBSM paling kuat merapu sehingga saya ceritakan perasaan muntah hijau saya ketika naik bas betapa I hate whatever I had to suffer pada KPLI lepas..)

Jawapan seterusnya boleh di download di sini,

http://www.scribd.com/doc/34442079/assignment-kissm


Selamat berkursus!

Tuesday, June 15, 2010

Kajian tindakan

A few webpage that provide a good resource for a newbie like me.
I want to start writing it tonight!

2. www.skpj1.com/DOWNLOAD/KAJIAN%20TINDAKAN.doc <---dalam file .doc


Idea, idea where are you? looking at the emptiness of black, hot nescafe :>
slurpppp...

Monday, May 31, 2010

Kudat vs KK

Dah lama saya pendam perasaan terhadap daerah Kudat atau Tips of Borneo ni..apa yang saya boleh kongsi tentang kelebihan Kudat ialah, Kudat membuatkan anda berpeluh tanpa melakukan tekan-tubi atau lari setempat..Lepas mandi je peluh balik..tapi ini applicable pada rumah sewa yang tidak memasang penghawa dingin dan pendingin hawa only lah.. you know, not many landlord care about facilities in their house :S

Tapi tup-tup balik KK terus sejuk manjang. Saya terus bertukar menjadi si penakut mandi. Anak pon sama. Tapi bila bapak dah sound, "Mi tak nak mandi ke?" jadi harus cepat-cepat tarik towel dan anak.

Tahap kepanasan Kudat:KK ni boleh dikatakan 3:1 lah..See, satu negeri pon cuaca lain-lain..hebat kuasaNya tak gitu. Untuk makluman, distance Kudat-KK boleh dikatakan 2jam 30 min jika memandu dengan berhemah dan potong semua lori dan siput-siput.

Dari segi bekalan air pula memang tak payah tipu, sangatlah mengecewakan. Baik di Kudat mahupun di KK. Kalau di Taman Orkid, Kudat..waktu maghrib je bekalan air ke rumah terputus..terpaksa bergantung pada air tangki semata. Macam nak basuh beras ke, basuh ikan, ayam, makanan semua tu..lalu ker nak cuci di tandas? Jadi terpaksa lah tak memasak waktu itu..mungkin DO Kudat suruh orang Kudat mengaji lepas Maghrib kot..yaa..harapan..kita mesti bersangka baik..alwayss..

Di KK pon bergantung kepada kawasan perumahan masing-masing, tapi bila tengok kebanyakkan rumah ada tangki spare tercongok depan rumah, saya agak sama je keadaannya.

Electricity pon sangat mengecewakan. bila hujan sikit ja mulalah blackout takpon lampu main dim dim buat macam suasana romantik. For sure Kudat lagi teruk dari KK, blackout happen like once a month, lampu pon rosak sana-sini jadi kerjanya beli mentol, starter dan housing. Ntahla rumah orang lain..tapi bilik air saya kini pakai lilin ja. I fedup.

Surprisingly, Kudat win in one thing la for sure, ikan, sotong dan udang yang fresh dan murah from the sea..Ikan kembong yang sederhana besar baru RM2.00, kalau kat JB ni mau harga RM6. KK tak pasti pulak sebab tak penah dibawa pergi ke pasar ikan. heh. Sotong pon murah dan cantekk dan Ohhh Im so in love with Kudat because of the sotong. tetiba. Harga sotong sekilogram ialah RM5 atau 6. dan ia adalah kategori sotong sederhana besar. Kalau pasar Kipmart tu mesti RM10 tu..untungnya duduk Kudat..tapi berpeluhlaa aihh.

Selepas berkuap pergi pasar, terus siang ikan, sotong dan mula acara memasak, tiba-tiba udang melompat dari periuk..dan itu akan menjadi pengalaman Kudat yang paling manis. betapa owesome nya udang tu tahan napas..I tak sampai hati makan udang yang semangat juang tinggi tu..Kakcik yang makan dia..emm

Tapi barang-barang KK, urghhh mahal lah..lagi mahal dari JB kadang-kadang. So I'm not gonna invest my money in your shopping mall ehh pasar..

Lagi satu anehnya tentang Kudat ialah, saaangatt banyak binatang anjing.. I guess anjing yang kuat berpeluh hidup lama kot? Bila peluh kita banyak minum air kan, bila banyak minum air, toksik pon keluar banyak melalui urin anjing tu, tapi kemarau manjang mana pulak anjing tu cari air ya.. ???

Setiap hari memandu ke tempat kerja mesti nak terpijak anjing..dah la mendominasi Kudat malah tak takut mati pulak tu. Pernah juga witness anjing tidur dan berak tengah jalan. Bukannya waktu jalanraya tu lengang tapi tengah banyak kenderaan pon anjing tu kata tak ape lalulah..

KK takde pulak anjing-anjing lalu-lalang.

Walaupun KK is owesome in many things, tapi tiba-tiba setelah 4 hari meninggalkan Kudat..terasa sedikit rindu hadir..agaknya inilah rasa orang tua nak tinggalkan kampung halaman. Sebak nau. Semoga Kudat maju sewaktu ketiadaan saya. Jual la banyak-banyak ikan kau Kudat. Eksport pergi pasar Kipmart, Tampoi. Pastu siapkan Empangan Milau. Huduh betul dengar hotel pon takde air.



Macam kompom je kau dapat pindah dari Kudat ni..

Monday, April 5, 2010

Old memories

Minggu ini memang banyak yang telah dikenang..lagu-lagu Lb ini (tengah layan) memang mengimbau kembali kenangan masa remaja gila belajar dan berjeragat dulu-dulu..dulu saya matriks penang..sains hayat 2 praktikum 6..ingat lg tu..dalam kelas saya tu ada seorang yang saya suka usha..maka dia kata dia suka lagu lb..saya pun beli la satu kaset lb...significant others tajuknya..bila layan best juga ya..lebih-lebih lagi layan lepas penat kena tazkirah dengan ustaz Saidin (god bless him)..ustaz ni memang prihatin dengan pelajar2nya..yang tidak bertudung dia kata kamu kurang ajar dengan Allah..terus nangis budak tu..tapi saya benci ustaz saidin, sebab zaman tu memang hati kotor ntah kenapa..tapi sekarang baru sedar bagusnya ustaz tu memerah tenaga menasihati kami..

Susunan lagu lb dalam kaset pon masih ingat sampai sekarang..betapa dulu saya tidak puas hati dengan dunia sehingga perempuan selembut saya boleh layan lagu ganas tersebut..hehe..lepas tu semua album saya beli guna elaun kerajaan..

Imbauan kedua adalah kerana bestie saya memaparkan gambar Tahun 6 (dulu panggil Darjah 6) di mukabuku..diikuti ratusan komen murid-murid ingusan yang masing-masing sudah berkarier berkahwin..terus teringat sorang mamat Chinese look ni yang saya tinggalkan dek kerana suka pada mamat Matsaleh celup..haha..tu suma cerita expired..bila masuk form 1 sekolah perempuan terus jadi les..heheh kiding

Apapun saya bersyukur telah bersuami dan..saya harap dia tidak tinggalkan saya..heee tibe2 je..ok..batuk menjadi-jadi sudah..daa

Saturday, December 26, 2009

2 years of Nuaim


Anak yang ku jaga selama 2 tahun..
This entry is written a year ago..woo..Another 3 months and Nuaim will turn 3..
Just to remind how cute he is when he is still a baby..



Baby Nuaim was born on 20 Sept 2007
dengan susah payahnya..dua kali dijahit anu ku
He is soo big for first child...3.3kg and 50cm long

Baby Nuaim satu bulan - okt 2007

Baby Nuaim dua bulan - Nov 2007



Baby Nuaim tiga bulan - Dec 2007

Baby Nuaim empat bulan - Jan 2008



Baby Nuaim lima bulan - Feb 2008


Baby Nuaim enam bulan - Mac 2008


Baby Nuaim tujuh bulan - Apr 2008
This is him the month he lost his Atuk

Baby Nuaim lapan bulan - Mei 2008


Baby Nuaim sembilan bulan - Jun 2008


Baby Nuaim sepuluh bulan - jul 2008
Belajar jalan (tateh) + Belajar driving

Baby Nuaim sebelas bulan - Aug 2008
dah pandai jalan..still breastfeed


Baby Nuaim satu tahun - Sept 2008
Suka main sudu dan sendok! nak jadi chef!

Nuaim satu tahun satu bulan - Okt 2008
Balik Tawau for 2nd time..love senduk so much

Nuaim satu tahun dua bulan - Nov 2008
So cheeky..letak frenchfried dalam kasut dia..dan suka pakai kasut work mimi

Nuaim satu tahun tiga bulan - Dec 2008
Didi was not there

Nuaim satu tahun lima bulan - feb 2009
Terbang ke Tawau left Didi and Mimi

Nuaim satu tahun enam bulan - Mac 2009
Gather up at KK...Mimi decided to take home jb

Nuaim satu tahun tujuh bulan - apr 2009


Nuaim satu tahun lapan bulan - Mei 2009


Nuaim satu tahun sepuluh bulan - Jul 2009
Love speghati

Nuaim satu tahun sebelas bulan - Aug 2009
Love acting

Nuaim dua tahun! - Sept 2009
Birthday Nuaim jatuh pada Hari Raya Puasa pertama! no celeb though..sengkek! kpli!
Love Ultraman to bits!
Nuaim dua tahun 1 bulan - Okt 2009
Sangat nakal

Nuaim dua tahun tiga bulan - Dec 2009
Super duper ngetis!



Friday, December 25, 2009

KPLI Jan 2009 - Kemahiran Hidup 1


Sebab ramai yang ngendeng-ngendeng nak gambar kelas dan gambar-gambar takde class photographer..Maka disini saya tepek kan muka-muka student KPLI Jan 2009 yang saya minat..yang tak minat..takde dalam gambar..okayy..

Mana budak-budak yang kita nak basuh tu?
En. Agos bapak kepada kelas KH1 dan En.Norizan selaku bapa kepada Sains 1 (kot?)

Cubaan penjaga masa berterus-terang bahawa masa diberi bukan 2 jam

Kembali kepada apa sebenarnya berlaku pada sesi latihan dalam kumpulan (LDK) sewaktu orientasi di atas..mesti ada orang yang gelak-gelak di belakang sana ya saya tahu kamu..Kak Suhaila (nama sebenar) telah sekonyong-konyong telah dinasihat ke dimaki-hamun? (hehe) yang membuatkan semua orang tanak angkat tangan untuk bertanya soalan dahh..makanya kami semua telah dinasihati supaya diricih-ricih sahaja degree engineering kami itu bila masuk sini..lepas diricih perlu direndam dan direbus lalu diminum airnya..peh..dah dah jangan diingat lagi nasihat sadis itu.

Apa pun kami telah berjaya membuat show Acoustic Recycle iaitu membuat persembahan bunyi-bunyian dari sisa terbuang. Gambar tiada kerana terlalu cemas. Malu gila bila ingat balik persembahan hampeh tu..kan kan KAN?

Kelas KPLI ni memang best kerana semester 1 nya sangat padat dengan.....
Tag nama tu aduhh..wajib ka pakai?

Bertukang

Hari Jumaat harus memakai baju biru besar ni beramai-ramai


Hmmm..
Bila pensyarah tak masuk kelas harus present sendiri (dengan laju) supaya dapat makan sarapan

Bilik tidur semasa kursus Bina Insan Guru kami

Khemah kami bukan di bawah pokok

To be continued...

Tuesday, December 22, 2009

Nuaim sangat lok tang

Harini Nuaim sangat mem boil temperature saya. Bermula dengan terkencing seminit selepas saya tanya, "Nak kencing tak??" Pastu terkencing lagi atas alas kaki.. fine

Nasib baik beyak dapat dikesan sebab kalau beyak dia akan pegang depan dan belakang montot dia dengan begitu obvious sekali..so td beyak dekat jamban..nice..

dan dia baling banyak menda kena atas dahi, kepala, mata..urghh..camana dia boleh aimed baling tepat kene kat pale ah? saya tak pandai elak ke dia memang akan jadi basketball player one day? sakit sampai pening ok..tu belum lagi dia geram pastu tutup mata saya dan bila saya peek sikit dia terus tumbuk mata ini..rasa nak nangis ok.

speaking of rasa nak nangis..memang sangat...
bila tengok cermin, fuh muka kau memang sangat mengecewakan..
bila tidur..rasa nyaman sangat...

good news..good news..where are u?

mungkin selepas posting keluar barulah saya boleh senyum sikit kot..



p's: Lok tang ialah bahasa jawa kut? yg bermaksud nakal, ngetis yang amat sangat